Seramai 4,082 graduan UMP bakal bergraduasi bermula esok - Utusan Malaysia

Seramai 4,082 graduan UMP bakal bergraduasi bermula esok

YUSERRIE Zainuddin (depan, empat dari kanan) dan graduan yang akan menerima anugerah bersempena Majlis Konvokesyen ke-16 UMP yang akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan UMP Gambang, di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis konvokesyen kali ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal menyaksikan seramai 4,082 penerima graduan bagi tahun 2021 akan menerima ijazah dan diploma masing-masing yang berlangsung bermula esok hingga 9 Ogos ini di Dewan Kompleks Sukan Universiti, UMP Kampus Gambang. 

Daripada jumlah tersebut, 280 penerima merupakan graduan doktor falsafah dan sarjana, 2,235 graduan sarjana muda, 506 penerima diploma dan 1,061 penerima merupakan graduan UMP Advanced.

Pro Canselor UMP, Tan Sri Dr. Abi Musa Asaari Mohamed Nor akan menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada seramai 942 penerima ijazah sarjana dan kedoktoran serta 24 anugerah dan hadiah kecemerlangan bersempena majlis tersebut, esok. 

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, seramai  22 graduan menerima dua ijazah hasil kerjasama UMP dengan Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA) Jerman yang kini memasuki tahun ke-12 dengan memfokuskan bidang Kejuruteraan Automatif dan Kejuruteraan Mekatronik. 

“Pada majlis kali ini, terdapat tiga anugerah baharu hasil sumbangan pihak industri dan korporat iaitu Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Sukarelawan dan Tanggungjawab Sosial hadiah sumbangan Datuk Ahmad Fuaad Kenali yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMP.

 ”Hadiah Penyelidikan Pascasiswazah UMP sumbangan Institut Pengajian Siswazah dan Hadiah Kecemerlangan UMW Holdings Bhd.,” katanya dalam sidang akhbar memperkenalkan penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen ke-16 UMP di UMP Kampus Gambang sini hari ini.

Dalam pada itu, Yuserrie berkata, bersempena Ulang Tahun ke-20 UMP pada tahun ini, terdapat 20 program disediakan sepanjang Expokonvo UMP bermula 5 hingga 9 Ogos ini di Dataran Canseleri UMP Gambang. 

Katanya, majlis pelancaran Expokonvo 2022 bakal dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah yang juga Ahli Parlimen Paya Besar pada pukul 4 petang, 7 Ogos ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya