'Semua bagus' - Hisyam Teh Poh Teik - Utusan Malaysia

‘Semua bagus’ – Hisyam Teh Poh Teik

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik hadir tiba bagi perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. -UTUSANFARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : ‘Semua bagus, bagus.’

Demikian reaksi ringkas peguam mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik sebaik tiba di Istana Kehakiman hari ini bagi menghadiri prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.

Ketibaan beliau bersama beberapa peguam dilihat sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang hadir membuat liputan di sini.

“Selamat pagi semua, semua baik, baik sahaja,” katanya kepada pengamal media.

Hisyam yang mengenakan jubah peguam kemudian memasuki bilik prosiding Mahkamah Persekutuan.

Pada hari ini, sepatutnya dijadualkan penghujahan daripada pihak pembelaan, namun Hisyam sebelum ini memaklumkan beliau tidak akan berbuat demikian.

Najib kini merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh lima lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Selain Tengku Maimun, panel lima hakim lain adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.

Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan peguam agar ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.

Ketika pentadbirannya sebagai Perdana Menteri, Najib yang juga Menteri Kewangan, pernah menjadi Penasihat Emeritus SRC dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya