Pulau Pinang jadi lokasi sidang Meja Bulat ke-17 WIEF -

Pulau Pinang jadi lokasi sidang Meja Bulat ke-17 WIEF

SYED HAMID ALBAR (kiri) dan Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (tengah) dalam sidang akhbar berkenaan penganjuran sidang meja bulat WIEF di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) akan menganjurkan sidang Meja Bulat ke-17 di Pulau Pinang bagi membincangkan strategi pemulihan  ekonomi yang berdaya tahan dan stabil di peringkat nasional dan global.

Pengerusi Yayasan WIEF, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sidang Meja Bulat itu akan dijalankan pada 27 September depan di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini dengan penyertaan seramai 300 orang terdiri daripada ahli akademik, pembuat dasar dan polisi, orang awam dan sebagainya.

“Meja Bulat ini dijangka menjana  minat dan kesedaran pelbagai pihak termasuk dari luar negara tentang potensi ekonomi Pulau Pinang.

“Ia juga akan meningkatkan jaringan industri serta membantu pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang serta negara ini selepas pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar sempena Meja Bulat WIEF, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Menurut Syed Hamid, sidang Meja Bulat itu akan menampilkan lima topik penting dalam sektor ekonomi antaranya Revolusi Transformasi Digital, Menghidupkan Wakaf: Peranan Kewangan Islam, Hospitaliti Mesra Muslim dan banyak lagi.

”Kesemua topik yang dibincangkan ketika sidang ini adalah relevan dengan situasi ekonomi pada masa ini.

”Kita harapkan sidang ini dapat membantu setiap pakar dalam bidang masing-masing untuk menangani isu serta mencari strategi yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi setempat dan global,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, Pulau Pinang dipilih menjadi lokasi penganjuran sidang Meja Bulat ke-17 kerana negeri itu adalah lokasi pelaburan yang menarik dan terus berkembang maju hari ini. 

”Pulau Pinang sentiasa menarik minat pelabur tempatan dan asing, jadi negeri ini dipilih sebagai lokasi sidang Meja Bulat berdasarkan potensi ekonominya yang semakin berkembang.

”Meja Bulat ini juga akan membincangkan pelbagai peluang perdagangan dan pelaburan di Pulau Pinang.  Tambahan pula, negeri ini mempunyai banyak pengalaman dalam wakaf yang boleh dikongsi dengan pihak lain,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, pihaknya berharap sidang Meja Bulat WIEF tersebut akan membantu mempromosi Pulau Pinang sebagai salah satu lokasi pelaburan serta pelancongan terbaik di dalam serta luar negara. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.