MELAKA: Pas mengulangi pendirian akan berlawan habis-habisan di 27 kerusi Parlimen sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih kekal mahu bertanding secara solo menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada bila-bila masa. Menegaskan perkara tersebut, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tiada pilihan melainkan perlu bersedia ‘berperang’ dengan BN, jika parti itu berpendirian mahu bergerak sendiri. “Kita (Pas) menyedari sekurang-kurangnya 27 kerusi Parlimen…










