Najib tenang hadapi rayuan akhir

Najib tenang hadapi rayuan akhir

najib
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjalan masuk ketika hadir ke perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara kesnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tenang walaupun gelisah menanti keputusan rayuan akhir membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Keadaan itu berdasarkan raut wajah Ahli Parlimen Pekan tersebut yang tiba di sini pada pukul 9.20 pagi bersama beberapa penyokongnya.

Beliau mengenakan suit gelap kemudian sempat melemparkan senyuman sambil melambaikan tangan sebaik tiba di lobi Istana Kehakiman sebelum memasuki bilik prosiding Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, peguam mewakili Najib, Hisyam Teh Poh Teik tiba pada pukul 8 pagi dan diikuti Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V. Sithambaram.

Pada hari ini, sepatutnya dijadualkan penghujahan daripada pihak pembelaan, namun Hisyam minggu lalu memaklumkan beliau tidak akan berbuat demikian.

Najib kini merayu bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh lima lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahad lalu, Najib melafazkan sumpah laknat bagi menafikan pembabitannya berhubung kes penyelewengan dana SRC dan tidak pernah mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana sebanyak RM42 juta itu, datangnya daripada syarikat itu secara langsung atau tidak, sehingga kini. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya