Najib kekal jalani hukuman di Penjara Kajang - Utusan Malaysia

Najib kekal jalani hukuman di Penjara Kajang

PENJARA Kajang- gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan terus kekal menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, waran yang dikeluarkan Pendaftar Mahkamah terhadap beliau sememangnya perlu menjalani hukuman di penjara berkenaan.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, pihak peguam dan keluarga beliau boleh membuat permohonan kepada Jabatan Penjara untuk mempertimbangkan memindahkan Najib ke Penjara lain bergantung kepada alasan yang munasabah.

“Beliau (Najib) dipercayai menjalani hukuman di Penjara Kajang,” kata sumber itu secara ringkas.

Dalam pada itu, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan Jabatan Penjara Malaysia berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Najib ditempatkan sementara di Penjara Kajang terlebih dahulu bagi urusan pendaftaran dan pentadbiran sehingga selesai.

Difahamkan, Najib ditempatkan di Penjara Kajang sementara waktu bagi ujian saringan kesihatan dan prosedur-prosedur lain

Sementara satu sumber lain memberitahu Utusan Malaysia, layanan serta kemudahan bagi bekas Perdana Menteri itu adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan dan prosedur Jabatan Penjara Malaysia.

Kata sumber itu, tiada layanan istimewa diberikan dan beliau perlu melalui proses berkenaan secara saksama seperti diperuntukkan dalam undang-undang dan peraturan penjara

Tindakan dan proses yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan

Diminta menjelaskan mengenai prosedur berkenaan, sumber memberitahu, mahkamah akan mengeluarkan waran di mana tertuduh akan menjalani hukuman mereka.

Penjara yang diwarankan perlu menerima mereka yang dinamakan di dalam waran itu menjalani hukuman tertakluk kepada keputusan yang dikeluarkan Mahkamah.

Selepas itu, Jabatan Penjara akan membuat penilaian, sekiranya perlu Ketua Pengarah Penjara mempunyai kuasa untuk memindahkan mana-mana banduan ke penjara yang bersesuaian dengan keadaan banduan.

Dalam pada itu, sumber berkata, penjara boleh mempertimbangkan pengasingan sel bagi mana-mana banduan yang dikategorikan sebagai berprofil tinggi.

Pertimbangan ini dibuat berdasarkan keselamatan penjara dan banduan itu sendiri

Kelmarin, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding berkenaan, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa semalam.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya