Masalah brek punca treler jatuh jejambat  - Utusan Malaysia

Masalah brek punca treler jatuh jejambat 

KEADAAN treler yang terjatuh dari jejambat ke Jalan Kuala Kangsar di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Masalah brek dipercayai menjadi punca seorang pemandu treler gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan terbabas dan terjatuh dari jejambat ke Jalan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu menyebabkan pemandu treler berusia 50 tahun cedera ringan.

“Ketika melalui laluan di Kilometer 271.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, treler dipandu lelaki itu dipercayai mengalami masalah brek.

“Keadaan tersebut menyebabkan treler tanpa muatan itu terbabas melanggar besi penghadang dan terjunam ke Jalan Persekutuan di Jalan Kuala Kangsar,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, insiden yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan itu tular dalam media sosial dengan memaparkan sebuah treler terjatuh dari jejambat lebuh raya ke Jalan Kuala Kangsar.

Besi penghadang yang dipasang di laluan lebuh raya turut jatuh dan merintangi laluan, namun tidak menghempap kenderaan dan pengguna lain.

Kejadian itu mengakibatkan aliran trafik dari Ipoh menghala Tasek di Jalan Kuala Kangsar terganggu. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN