KKM siasat pengamal pergigian haram  - Utusan Malaysia

KKM siasat pengamal pergigian haram 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengamal pergigian haram boleh memberi pelbagai kesan buruk dan mengancam kesihatan masyarakat sekali gus memerlukan penglibatan orang awam untuk bersama-sama menanganinya. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya memandang serius setiap aduan yang diterima Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, KKM sedar bahawa kegiatan pengamal haram ini yang turut meliputi pihak yang memberi khidmat latihan kepada pengamal pergigian haram boleh memberi pelbagai kesan buruk dan mengancam kesihatan masyarakat.

“Menanganinya adalah tanggungjawab bersama dalam mengekang aktiviti pergigian haram yang berleluasa ini iaitu sama ada yang memberi rawatan mahupun yang menerima rawatan, termasuklah pihak yang memberi khidmat latihan yang tidak diiktiraf. 

“Perkara ini merujuk beberapa siri artikel yang telah diterbitkan menerusi akhbar bahasa Inggeris bertajuk ‘The terrible ‘tooth’ of fake dentists’, ‘Fake dentists keep mouths zipped’, ‘Patients find dentists on social media – and live to regret it’, ‘How I became a ‘dentist’ in just five hours, beware the dubious dentists’ dan ‘Hard to expose the ugly side of beauty industry’ yang disiarkan pada 4 dan 5 Julai 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, semua pihak yang mempunyai sebarang boleh membuat aduan sebelum disiasat untuk tindakan penguatkuasaan diambil melalui peruntukan kuasa di bawah Bahagian VI Akta Pergigian 2018 [Akta 804]. 

“Bagi tindakan penguatkuasaan, risikan dan siasatan perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan elemen kesalahan dapat dibuktikan tanpa dilakukan dengan tergesa-gesa. 

“Semua aduan boleh dibuat kepada Program Kesihatan Pergigian KKM, Aras 5, Blok E10, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya atau menghubungi di talian 03-88834215 atau emel, [email protected],” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya