"Dalam hal ini, beberapa perkara perlu disemak. Daripada sudut

Kedah Fashion Week: Tindakan terhadap mak nyah dalam perbincangan

MODEL berpakaian seksi ketika tampil dalam peragaan bagi Minggu Fesyen Kedah 2022 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tindakan terhadap mak nyah yang memakai pakaian mencolok mata hingga menimbulkan kontroversi terhadap penganjuran Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) minggu lalu bakal dibincangkan secara lanjut dengan semua agensi terlibat termasuk kepimpinan negeri. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, perbincangan mengenai perkara itu akan turut melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor selepas beliau pulang ke negeri ini. 

Difahamkan Muhammad Sanusi hanya akan pulang ke Kedah esok selepas menghadiri beberapa tugasan rasmi di luar Kedah sejak beberapa hari lepas, termasuk menyaksikan aksi separuh akhir zon Asia Piala AFC di Bali, Indonesia melibatkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan PSM Makassar selain mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

“Dalam hal ini, beberapa perkara perlu disemak. Daripada sudut undang-undang, tindakan boleh diambil terhadap individu berkenaan kerana berperwatakan seperti wanita. 

“Namun, kita akan bincangkan perkara tersebut termasuk bersama Menteri Besar apabila beliau pulang ke negeri ini nanti agar perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. 

Dalam kenyataannya semalam, Mohd. Hayati memaklumkan yang individu berkenaan merupakan seorang lelaki berperwatakan wanita yang tidak pun dijemput untuk memperagakan pakaian dalam majlis berkenaan. 

Individu berkenaan sebaliknya hanya mengambil gambar di pentas selepas majlis berakhir dan memuat naik ke laman media sosialnya hingga menimbulkan kontroversi terhadap program dianjurkan sebuah pusat beli-belah di sini. 

Mengulas lanjut Mohd. Hayati berkata, beliau difahamkan individu berkenaan datang dari Sungai Petani bersama rakan-rakannya ke pusat membeli belah tersebut. 

“Selepas fotonya tular, saya dimaklumkan yang dia telah pun memadam gambar-gambar tersebut di laman media sosialnya,” katanya. 

Dalam pada itu beliau memaklumkan, penganjur program tersebut telah mendapatkan permit daripada Pejabat Daerah Kota Setar dan menyatakan kesediaan untuk mematuhi peraturan ditetapkan. 

“Program itu turut dipantau oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan hasil pemantauan mendapati fesyen diperagakan tidaklah bersifat terlalu melampau atau mencolok mata. 

“Tetapi seperti yang saya nyatakan semalam, kerajaan negeri sememangnya berhasat untuk mengkaji bagi memperkemaskan peraturan-peraturan kecil berkaitan hiburan dan pertunjukan agar segalanya lebih jelas selepas ini,” katanya.  –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya