KBBM 2022 sasar peningkatan nilai jualan 2.5 peratus -

KBBM 2022 sasar peningkatan nilai jualan 2.5 peratus

ROSOL Wahid (tiga dari kanan) dan Ameer Ali Mydin (dua dari kiri) pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Mydin Ke-65 dan Pelancaran KBBM 2022 di Pasar Raya Mydin, Seremban 2, di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan peningkatan nilai jualan sebanyak 2.5 peratus atau RM80 juta bagi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2022 berbanding RM3.2 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rasol Wahid berkata, dengan promosi berterusan, kementerian itu yakin jualan dan permintaan produk jenama tempatan menerusi KBBM 2022 akan melonjak di dalam pasaran.

“KBBM pada tahun lalu mencapai nilai jualan sebanyak RM3.2 bilion dan dijangka pada tahun ini ia akan meningkat kepada 2.5 peratus.

“Harapan kami sasaran nilai jualan produk tempatan menerusi KBBM 2022 dapat dicapai dengan adanya pemain industri serta keadaan ekonomi negara yang semakin pulih,” katanya pada sidang akhbar di Pasar Raya Mydin, Seremban 2, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Mydin Ke-65 dan Pelancaran KBBM 2022.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin.

Jelas Rasol lagi, KBBM menjadi platform terbaik untuk menggalakkan pembelian produk keluaran tempatan selain menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan pengguna.

“Bukan hanya pada bulan kemerdekaan, semangat patrotisme dan cintakan barangan Malaysia perlu diterapkan setiap masa.

“Sudah banyak produk jenama tempatan berjaya memasuki pasar raya besar, dalam masa sama mendapat tempat di pasaran global seperti aiskrim Pop Malaya keluaran syarikat Doluvo Sdn. Bhd. yang telah melebarkan sayap ke Arab Saudi dan negara Asia Barat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rasol memberitahu, Program Jualan Keluarga Malaysia akan dijenamakan semula sebagai Program Jualan Murah Keluarga Malaysia bermula minggu ini dengan tawaran harga murah serendah 20 peratus untuk barangan keperluan asas.

Sementara itu, Ameer Ali berkata, pihaknya turut mencadangkan supaya kerajaan menyokong KBBM dengan memastikan setiap bantuan barangan keperluan asas yang diberikan kepada rakyat mengandungi produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS).

“Kalau boleh bantuan barang keperluan daripada kerajaan menggunakan produk iks, kita ada teh, kopi dan bihun keluaran tempatan dimasukkan dalam kotak atau kit bantuan.

“Sebenarnya, produk IKS keluaran tempatan ini lebih kompetatif dan harganya murah berbanding produk jenama luar,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya