Johor tubuh Jawatankuasa Pemandu Modal Insan - Utusan Malaysia

Johor tubuh Jawatankuasa Pemandu Modal Insan

MOHD. Hairi Mad Shah menyampaikan elaun SIP GIG berjumlah RM800 kepada Wong Ik Kon sambil diperhatikan oleh Pengarah Perkeso Johor Tong Sing Chuang (kanan) pada Program Taklimat Inisiatif Baharu Kerajaan Melalui Perkeso 2022 di Wisma Perkeso, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor bagi menambah baik, sekali gus mengatasi permasalahan yang timbul melibatkan sumber manusia serta penempatan pekerjaan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, jawatan kuasa berkenaan dianggotai oleh 42 agensi Kerajaan Pusat dan negeri.

Pihaknya juga menubuhkan dua jawatan kuasa yang akan membantu iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Penawaran dan Permintaan serta pemukiman pertama akan diadakan pada bulan depan.

“Setiap ahli jawatan kuasa akan membentangkan data dan maklumat yang berkaitan setiap bulan. Ini membolehkan kerajaan negeri mengenal pasti sektor pekerjaan yang memerlukan tenaga kerja, selain membantu memenuhi tawaran kerja oleh majikan.

“Untuk itu, sebuah jawatan kuasa induk dan sebuah jawatan kuasa penawaran ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ ditubuhkan. Ini kerana banyak program berkaitan dilaksanakan, tetapi pada akhirnya kita tidak nampak ke mana peserta program pergi.

“Jawatan kuasa ini bertujuan untuk menumpukan bidang latihan melibatkan sektor pekerjaan yang memerlukan modal insan, sekali gus menyeimbangkan permintaan dan penawaran melibatkan sumber manusia di Johor,” katanya selepas merasmikan Taklimat Inisiatif Baharu Kerajaan menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2022 Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang.

Mohd. Hairi berkata, sebanyak 19 agensi merupakan ahli tetap, antaranya Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Invest Johor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Pendidikan.

“Sebanyak 23 agensi lain dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penawaran dan Permintaan yang akan terlibat dalam penyediaan latihan kemahiran kepada para peserta,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN