PETALING JAYA: Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan keputusan mahkamah untuk menolak rayuan dan mengekalkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang harus diraikan. Sebaliknya, beliau berpendapat, perkara itu harus dijadikan sebagai panduan dan pedoman. “Supaya kita yang masih berada di luar dan bebas ini, tidak mengulangi kesilapan, sama ada jenayah dalam bentuk peribadi atau jenayah yang melibatkan negara. “Jadi, kita tidak seharusnya berasa gembira…