Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki

Dua kepala pelajar dijahit, cedera tengkuk dalam insiden tangki air SMK Melor pecah

ANTARA pelajar yang cedera dalam insiden tangki air pecah di SMK Melor, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini-GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Dua daripada lima pelajar perempuan masing-masing cedera tengkuk dan menerima dua jahitan pada kepala selepas terkena serpihan atap laluan pejalan kaki semasa dalam perjalanan untuk rehat di kantin apabila tangki air utama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di sini pecah hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.05 pagi itu, empat pelajar itu dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian manakala seorang lagi dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini untuk rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian berlaku ketika kesemua mangsa sedang berjalan kaki menuju ke kantin pada waktu rehat.

Menurutnya, siasatan mendapati, rumah enjin tangki utama sekolah tersebut dipercayai mengalami kerosakan sebelum ia pecah dan air melimpah.

“Ketika itu, pelajar tingkatan satu, dua dan tiga sedang rehat dan mereka sedang berjalan menuju ke kantin sekolah. Air tangki itu melimpah ke kawasan papan kenyataan, musalla dan longkang di bahagian blok pentadbiran sekolah sehingga menyebabkan semua lokasi tersebut rosak.

“Kejadian itu disedari guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah, Adnan Che Abdullah yang terdengar letupan kuat dari belakang bangunan pejabatnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, guru terbabit kemudian bergegas keluar dan mendapati sebuah tangki air utama telah pecah.

Katanya, dua daripada lima pelajar yang terlibat dalam insiden itu masing-masing mengalami sakit tengkuk dan menerima dua jahitan pada kepala masih dirawat di HUSM.

Tambahnya, tiga lagi pelajar yang cedera ringan sudah dibenarkan pulang.

Utusan Online melaporkan, beberapa orang pelajar SMK Melor di sini cedera dalam kejadian tangki air pecah hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya