Dakyah politik Rafizi mudah dibaca - Azhari - Utusan Malaysia

Dakyah politik Rafizi mudah dibaca – Azhari

MOHD. RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli disifatkan cuba menjadi hero menyerang parti lawan dalam pelbagai isu untuk menutup kegagalannya mengemudi syarikat perniagaannya seperti Invoke dan Ayuh Malaysia Sdn. Bhd.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, tindakan bekas Ahli Parlimen Pandan itu mudah dibaca yang bermula dengan fasa pembukaan syarikat perniagaan kemudian penubuhan sukarelawan untuk mengembangkan pengaruh politiknya.

Katanya pada fasa pertama, Mohd. Rafizi menubuhkan sukarelawan yang diberi nama ‘Ayuh Malaysia’ dan daftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) menjadi Ayuh Malaysia Sdn. Bhd. 

“Cuma kali ini dia tak guna nama dia. Dia guna nama orang lain dengan modal berbayar RM1. Lepas tu dia kutip dana.Taktik ini juga dia gunakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang diberi nama Invoke. Dia ulang balik proses sebelum ini.

“Pada fasa kedua, setelah dia (Mohd.Rafizi) sudah membentuk satu pasukan sukarelawan,  dia sudah bersedia untuk kerja-kerja menyerang. Kalau pemerhati  politik semua perasan,  mula-mula dia fitnah Sapura Energy dan buat isu dengan fakta yang salah dan menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Bila fakta dia mula salah dan dipatahkan oleh Najib Razak, dia mula hilang dan debat pun dia hantar Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi dibelasah oleh Najib. Waktu itu nama dia kembali balik di bibir ahli PKR dan Pakatan Harapan (PH) dan nama Anwar rosak akibat debat dengan Najib Dia berjaya pada fasa pertama,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Azhari, fasa seterusnya Mohd.Rafizi mula menyerang rakan dalam parti dan juga Presiden PKR apabila dilihat mula memfitnah parti sendiri sebelum pemilihan parti PKR yang mana dia mengatakan wujud 54,000 pengundi PKR yang meragukan. 

“Ini taktik kalau kalah selepas bertanding dia boleh guna ‘statement’ ini. Tapi dia menang pula bila lawan dengan Saifuddin Nasution, maka dia senyapkan diri pasal kes ini. 

“Fasa seterusnya, selepas dia gagal dalam isu Sapura Energy dan kantoi banyak silap dalam membaca data dan fakta. Najib pula patahkan mudah pula tu. Dia mula guna kes kedua iaitu Kapal Tempur Persisir (LCS). Dia putar belitkan fakta yang ada melalui laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang rakan dalam PH yang buat.

“Dia cuba menyerang dari beberapa segi dan memperbesarkan isu kelewatan siapnya kapal LCS dan kata kapal tersebut adalah halimunan. Tetapi dipatahkan juga kembali dengan Kementerian Pertahanan terpaksa dedahkan aset pertahanan negara yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Inilah akibat kerja fitnah dari Rafizi.

“Dia akan keluarkan beberapa kes lagi yang sebenarnya dia olah bagi nampak sensasi sebelum PRU-15,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.