Buku Tommy Thomas: 19 isu perlu perhatian

Buku Tommy Thomas: 19 isu perlu perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 19 isu penting daripada buku bertajuk My Story: Justice in the Wilderness tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dikenal pasti dan memerlukan perhatian lanjut daripada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hasil siasatan terhadap buku itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut dan mandat.

Katanya, siasatan itu dilakukan Pasukan Petugas Khas Siasatan yang dipengerusikan Datuk Seri Fong Joo Chung sebelum membentang dan menyerahkan laporan akhir kepadanya semalam.

“Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Peguam Negara (AGC), dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).

“Laporan ini telah disediakan dalam tempoh sembilan bulan iaitu dari Disember 2021 hingga Ogos 2022 di mana satu Laporan Interim telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemantauan pada 18 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Junaidi berkata, laporan akhir ini disediakan melalui hasil penelitian dokumen dan sesi konsultasi dengan pihak-pihak berkaitan.

“Sebanyak 19 sesi konsultasi dengan pelbagai pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi kerajaan, bukan kerajaan dan individu.

“Antara lain PPK ini telah mengenal pasti 19 isu penting dari buku tersebut yang memerlukan perhatian lanjut pihak kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, buku tulisan Tommy Thomas itu menimbulkan kemarahan pelbagai pihak kerana disifatkan bertentangan dan melanggar sumpah jawatan.

Pendedahan buku terbabit turut menyentuh peristiwa 13 Mei 1969, yang didakwa ditulis dengan tidak bertanggungjawab tanpa mengira sensitiviti masyarakat.

Selain itu, tuduhan juga didakwa bertujuan merendahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN