Biar kepemimpinan BN bincang agihan kerusi, calon -

Biar kepemimpinan BN bincang agihan kerusi, calon

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: MCA menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) tentang pembahagian kerusi yang akan ditandingi parti komponen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengakui keberatan untuk membincangkan mengenai calon yang akan mewakili parti itu sehinggalah ia sudah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan BN.

Menurutnya, tidak timbul isu perbalahan antara parti komponen tentang pembahagian kerusi,  sebaliknya menegaskan perbincangan dilakukan dengan menekankan semangat musyawarah dan setia kawan yang tinggi.

“Sehingga tiba masa yang sesuai, saya tidak akan membincangkan calon dan pembahagian kerusi, itu terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk membincangkan perkara terbabit. 

“Ia hanya akan dibuat setelah semuanya dimuktamadkan oleh parti, tidak ada gunanya kita menang sorak kampung tergadai.

“Proses rundingan, perbincangan dan bertukar pendapat itu perkara biasa, namun, kita tidak berbalah. Kita masih adik beradik dalam keluarga yang sama, elok kekalkan keharmonian itu,” katanya ditemui.selepas melancarkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) Cares Keluarga Malaysia, di sini hari ini. 

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam mengakui MCA perlu berusaha lebih kuat untuk membantu kemenangan BN pada PRU15.

Katanya, kejayaan menghadiahkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu menjadi dorongan untuk terus melakar kejayaan.

“Kita tidak boleh terlalu selesa, namun perlu berusaha lebih kuat walaupun ada dorongan masa PRN. Jadi, kita perlu kekalkan momentum kemenangan itu.

“Saya tak kata kita sudah mencapai satu keputusan yang memberangsangkan, tetapi menampakkan perubahan apabila menang empat kerusi dengan menewaskan DAP,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN