Warga UniSZA turut bantu mangsa banjir di Baling - Utusan Malaysia

Warga UniSZA turut bantu mangsa banjir di Baling

PELAJAR dan kakitangan UniSZA yang menyertai misi bantuan bencana banjir bergambar sebelum berlepas ke Baling, Kedah, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 62 warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini turut digerakkan ke Kupang, Baling, Kedah bagi membantu mangsa yang terkesan dengan bencana  kepala air Isnin lalu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Datuk Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Hafiz Yusoff berkata, pasukan sukarelawan itu terdiri daripada 40 pelajar dan 22 kakitangan universiti tersebut yang akan menjalankan misi bantuan selama dua hari.

“Selain membersihkan kediaman yang terjejas, kami juga akan menghulurkan bantuan dalam bentuk barang keperluan asas seperti beras, lampin pakai buang, bekalan air bersih dan makanan.

“Pihak universiti berkongsi kesedihan dialami penduduk di kampung-kampung yang terjejas dan diharap misi bantuan ini dapat meringankan beban mangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan  misi bantuan itu di sini, malam tadi.

Majlis pelepasan misi bantuan itu dilakukan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Dr. Akila Mamat.

Dr. Mohd. Hafiz berkata, pihaknya berharap bantuan yang disalurkan itu dapat membantu meringankan beban mangsa bencana tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.