Unimap hantar bantuan makanan asas dan sukarelawan bantu mangsa banjir Baling - Utusan Malaysia

Unimap hantar bantuan makanan asas dan sukarelawan bantu mangsa banjir Baling

ZALIMAN SAULI (tiga dari kiri) memeriksa barang makanan pada pelepasan misi bantuan pada Majlis Pelepasan Op Kasih Banjir Baling, Kedah di Unimap di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengerahkan 15 sukarelawannya untuk menyalurkan bantuan makanan asas bernilai RM1,500 kepada mangsa-mangsa banjir lumpur dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang di Baling, dekat sini Isnin lalu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan berkata, misi menggunakan dua kenderaan Toyota Hilux dan satu van itu akan membawa bantuan untuk disalurkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan juga dua pelajar Unimap yang turut terjejas ekoran banjir tersebut.

Katanya, misi awal itu memberi fokus kepada memberikan sumbangan kepada mangsa banjir yang berada di PPS dan juga kawasan sekitar yang boleh diakses.

“Kami juga akan mencari dua pelajar UniMAP iaitu Izatul Najwa Abdullah dan Na’iman Mohamad Nawavi yang turut terlibat dalam banjir ini bagi mengetahui keadaan dan keperluan mereka.

“Manakala misi kedua dijangka pada 7 dan 8 Julai dengan penglibatan 100 sukarelawan menggunakan dua buah bas dan penumpuan bantuan adalah tugas-tugas pembersihan di kawasan kediaman penduduk setempat dan sekitarnya,” katanya yang turut mengetuai misi bantuan pada Majlis Pelepasan Op Kasih Banjir Baling, Kedah di Unimap di sini, semalam.

Majlis pelepasan tersebut telah dilakukan oleh Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Pengarah Jabatan Keselamatan UniMAP, Mustaffa Ismail dan dihadiri pengurusan tertinggi universiti.

Mohd Fo’ad berkata, Unimap prihatin terhadap kejadian yang menimpa penduduk di Baling dan komited untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung penduduk.

“Saya berharap misi bantuan yang dilaksanakan oleh Unimap dan rakan-rakan universiti serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mempercepatkan proses agar penduduk dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Walaupun ada yang kehilangan ahli keluarga dan saudara mara, semoga mereka tabah dan kami di Unimap sedia menghulurkan apa jua bentuk bantuan bagi mengurangi bebanan mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, banjir lumpur ini dikatakan terburuk berlaku di Kampung Iboi ekoran kerosakkan teruk pada harta benda selain turut mengorbankan tiga sekeluarga termasuk wanita hamil yang mayat mereka ditemui di bawah timbunan kayu balak. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya