Tak perlu MoU kedua – Hasni 

Tak perlu MoU kedua – Hasni 

HASNI MOHAMMAD (dua dari kiri) memegang bebola sebagai gimik Majlis Penutupan Kembara Berbasikal sempena Sambutan 100 tahun Sekolah Menengah Persendirian Pei Chun, Pontian, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN : Tiada keperluan untuk meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang akan berakhir pada 31 Julai ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor,  Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Beliau berkata, ini kerana tujuan MoU itu ditandatangani dahulu adalah untuk membentuk persefahaman antara kerajaan dan semua Ahli Parlimen. 

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mempunyai sebarang masalah bagi memenuhi gesaan UMNO agar MoU tersebut  tidak disambung selepas 31 Julai ini.

“Walaupun ada permintaan daripada sesetengah pihak, namun MoU tidak perlu untuk dilaksanakan lagi setelah tamat perjanjian yang dimeterai sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Kembara Basikal sempena sambutan 100 tahun Sekolah Menengah Persendirian Pei Chun, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, PH  telah melanggar Mou antara kerajaan dan pembangkang itu apabila meminta undi belah bahagi dijalankan bagi usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) di Dewan Rakyat pada Mac lalu.

Hasni yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT)  UMNO meminta  supaya semua pihak berhenti bermain politik, sebaliknya  menumpukan perhatian bagi membangunkan ekonomi negara ketika ini.

“Cukup-cukuplah bermain politik kerana sudah sampai masanya untuk bekerja bagi menyusun semula ekonomi, mana-mana pihak yang meminta MoU disambung semula adalah mempunyai agenda tertentu,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut.

Pada  19 Julai lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa MKT UMNO memutuskan tiada lagi lanjutan terhadap MoU antara kerajaan dan PH.

Memorandum berkenaan yang ditandatangani pada 13 September 2021 mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya