Tabung Haji diarah siasat dakwaan bakal jemaah tipu status kesihatan - Utusan Malaysia

Tabung Haji diarah siasat dakwaan bakal jemaah tipu status kesihatan

AHMAD Marzuk Shaary (kanan) menyampai sumbangan kepada mangsa kebakaran Che Khadijah Ahmad di Mukim Siti Manis, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini/ FOTO : ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan sudah mengarahkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) untuk menyiasat dakwaan yang mengatakan terdapat bakal jemaah haji yang menipu status kesihatan mereka untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara itu kepada Tabung Haji dan siasatan awal perlu dijalankan untuk memastikan dakwaan tersebut benar atau sebaliknya.

Menurutnya, perkara tersebut kini sudah berada dalam pengetahuan pihak berwajib dan kerajaan sudah mengarahkan Tabung Haji untuk menyiasat mengenai dakwaan itu.

“Setakat ini, perkara itu masih belum dapat disahkan kebenarannya dan kita sedang menunggu maklum balas daripada Tabung Haji.

“Saya tidak menolak kemungkinan faktor cuaca di tanah suci menyumbang kepada kesihatan jemaah terganggu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Program Penyampaian Sumbangan Mangsa Bencana Ribut Dan Kebakaran kepada 13 buah keluarga dalam kawasan Parlimen Pengkalan Chepa hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai dakwaan segelintir jemaah haji merahsiakan status dan tahap kesihatan sebelum terbongkar semasa berada di Tanah Suci.

Dalam program itu, Ahmad Marzuk menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal, Che Khadijah Che Ahmad, 63, selepas rumahnya di Mukim Siti Manis, Pengkalan Chepa di sini terbakar baru-baru ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, beliau menasihatkan jemaah yang sudah atau bakal berlepas ke Mekah agar menyediakan bekalan ubat yang secukupnya bagi mengelak sebarang kemungkinan kelak.

Katanya, bekalan ubat-ubatan itu diharap dapat menjamin tahap kesihatan jemaah agar sentiasa berada dalam keadaan baik sekaligus dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya