Suara majoriti komponen singkir parti dalam PN - Abdul Hadi

Suara majoriti komponen singkir parti dalam PN – Abdul Hadi

ABDUL Hadi Awang (tengah) bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Penyingkiran mana-mana parti dalam Perikatan Nasional (PN) bergantung kepada keputusan suara majoriti anggota komponen dalam gabungan itu, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

PN mempunyai empat parti komponen iaitu Pas selaku parti terbesar dalam gabungan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

Abdul Hadi berkata, justeru terpulang kepada Gerakan atau MIPP sama ada mahu menyokong Pas atau Bersatu untuk kekal dalam PN setelah kedua-dua parti berkenaan mengakhiri kerjasama politik mereka.

“Terpulang kepada parti rakan-rakan lain. (Mengikut perlembagaan PN) mesti majoriti parti anggota membuat keputusan,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Beliau ditanya laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini berhubung dakwaan Pas merancang menyingkirkan Bersatu daripada Perikatan Nasional (PN) jika berjaya mempengaruhi Gerakan dan MIPP.

Pemimpin tertinggi PN yang tidak mahu dinamakan dilaporkan berkata, satu mesyuarat telah diadakan semalam antara Pas dan dua parti komponen PN bagi ‘menyingkirkan’ Bersatu.

Ditanya PN kini kelihatan cacamarba apabila Pas dan Bersatu yang sudah mengakhiri hubungan kerjasama tetapi masih berada dalam gabungan itu, Abdul Hadi berkata, Pas adalah Pengerusi PN dan Bersatu masih ahlinya namun terdapat dua lagi parti komponen iaitu Gerakan dan MIPP.

“Terpulang kepada dua-dua parti ini hendak sokong kita atau sokong Bersatu. Kemudian Pengerusi ini, dia buat Perlembagaan. Pengerusi ini ada kuasa seperti nak bagi simbol pilihan raya dan lain-lain. Dia buat seperti itu nak ikat kita. Sebab itu kita hendak lepas daripada ikatan itu, kita terpaksa buat begitulah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN