Projek Bandar Perabot Gua Musang tetap dilaksanakan - Utusan Malaysia

Projek Bandar Perabot Gua Musang tetap dilaksanakan

LOKASI Bandar Perabot yang akan dilaksanakan di Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek Bandar Perabot Gua Musang akan tetap dilaksanakan oleh kerajaan negeri sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini.

Jaminan itu diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad semasa ditemui pemberita di pejabatnya bagi menjawab status terkini mengenai perkembangan projek itu.

Hanifa berkata, langkah awal yang sedang dilakukan oleh kerajaan negeri ketika ini ialah menukar status tanah daripada pertanian kepada perindustrian.

Menurutnya, pertukaran status tanah seluas 120 hektar itu penting bagi membolehkan kerja-kerja di tapak tersebut dapat dimulakan dengan kadar segara.

“Pada 7 Ogos ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob akan mempengerusikan mesyuarat bagi memberikan kelulusan penukaran status tanah.

“Apabila semuanya, kita akan pecahkan kawasan tersebut kepada lot-lot perindustrian di bawah projek tersebut,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir itu memberitahu, serangan Covid-19 lalu menyebabkan kerja-kerja tersebut tertangguh.

Katanya, kerajaan negeri menjangkakan awal tahun hadapan para pelabur sudah boleh masuk dan memulakan operasi di tapak berkenaan.

“Kerajaan negeri dimaklumkan, beberapa pelabur sudah menyatakan minat untuk membuka kilang di kawasan tersebut.

“Kerajaan jangka pada tahun 2025 semua pelabur yang terlibat akan memulakan operasi penuh di tapak berkenaan,” ujarnya.

Utusan Malaysia 4 Julai lalu melaporkan, belia daerah Gua Musang menuntut janji yang didakwa dibuat oleh kerajaan negeri yang mahu mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada mereka melalui pelaksanaan projek bandar perabot.

Mereka mendakwa, projek tersebut setakat ini masih belum menunjukkan perkembangan sejak perasmian pecah tanah bagi pembinaan bandar perabot dilakukan pada 10 September 2020. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN