Prakelayakan RFP LRT Bayan Lepas mulai Isnin ini

Prakelayakan RFP LRT Bayan Lepas mulai Isnin ini

CHOW KON YEOW (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada pelajar cemerlang Pulau Pinang yang akan melanjutkan pelajaran ke Massachusetts Institute of Technology (MIT) di AS, Yeoh Zi Song (empat dari kiri) dalam sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Proses permohonan pengemukaan cadangan (RFP ) pelaksanaan komponen Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas akan bermula Isnin ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tempoh itu akan berlangsung selama sebulan sehingga 24 Ogos bagi membolehkan syarikat berminat mengemukakan maklumat masing-masing berhubung pelaksanaan projek tersebut.

Jelas beliau, syarikat yang berminat boleh melayari laman sesawang https://tender.penanginfra.com/home untuk mengemukakan maklumat masing-masing pada tempoh masa ditetapkan.

”Melalui laman web Penang Infrastructure Corporation (PIC) Sdn. Bhd. iaitu penanginfra.com, mereka yang berminat boleh memohon untuk mendapatkan akses bagi memuat turun dokumen prakelayakan.

“Bayaran untuk dokumen berkaitan sebanyak RM2,000 dan perlu dibayar kepada PIC),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu dalam sidang akhbar sama,  Kon Yeow turut menyampaikan sumbangan khas kepada pelajar cemerlang, Yeoh Zi Song, 21, yang mengharumkan nama Pulau Pinang atas kejayaan  memasuki universiti terkemuka dunia iaitu Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat.

Komponen LRT adalah salah satu komponen utama dalam Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang yang merupakan pendekatan kerajaan negeri bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini.

Sasaran kerajaan negeri adalah untuk memulakan pembinaan jajaran LRT tersebut yang menyambungkan pusat bandar dan Bayan Lepas pada tahun depan.

Menurut Kon Yeow, proses penilaian akan menyusul selepas tarikh tersebut dan dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu dari tarikh 25 Ogos hingga 8 September.

”Syarikat yang berjaya disenarai pendek berdasarkan pengalaman, kepakaran dan kebolehan masing-masing dari segi teknikal serta kewangan dalam peringkat prakelayakan dijemput menyertai proses RFP itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya