[Parlimen] Timbalan menteri saran levi eksport minyak sawit dikurangkan - Utusan Malaysia

[Parlimen] Timbalan menteri saran levi eksport minyak sawit dikurangkan

INVENTORI minyak sawit terus meningkat berikutan peningkatan pengeluaran, namun eksport pula menurun. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbang untuk mengurangkan levi mengeksport minyak sawit supaya harga menjadi lebih kompetitif daripada apa yang ditawarkan di pasaran kini.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Datuk Willie Anak Mongin berkata, langkah itu sebagai usaha mengurangkan beban pengusaha yang perlu membayar pelbagai cukai dalam industri sawit.

Bagaimanapun, jelas beliau, saranan itu merupakan pandangan peribadinya kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MoF).

“Kita di kementerian memang faham di mana cukai banyak yang mereka bayar, cukai durian runtuh, cukai komersial dan lain-lain lagi.  Selain itu, mereka juga dikenakan levi apabila mereka mengeksport minyak sawit.

“Saranan peribadi saya, mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan, sebab baru-baru ini kerajaan Indonesia telah mencadangkan untuk mengurangkan levi eksport dan semestinya kalau mereka kurangkan harga lebih kompetitif dari harga yang ditawarkan kepada market,” katanya bagi menjawab soalan tambahan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta kementerian menjelaskan usaha kerajaan dalam mengurangkan beban pengusaha yang kini berdepan dengan cukai tinggi dalam industri sawit sehingga mereka mendapat keuntungan yang sedikit. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN