[PARLIMEN]: Dewan kecoh isu tuntutan Sulu, MP Kota Belud digantung 2 hari - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Dewan kecoh isu tuntutan Sulu, MP Kota Belud digantung 2 hari

ISNARAISSAH MUNIRAH MAJILIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung dua hari berikutan tindakannya mempersoal usul yang ditolak tentang tuntutan Sulu.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Speaker, Mohd. Rashid Hasnon selepas menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mempengerusikan majlis ketika itu.

Isnaraissah sebelum ini mempersoal tindakan Speaker yang menolak usulnya sebanyak tiga kali.

“Saya nak tanya kerajaan, sampai tahap apa yang kamu membolehkan supaya bahas ini dibolehkan?

“Ini soal kedaulatan negara, bukan soal remeh temeh,pasal Sabah kah kamu tidak peduli? Sulu tuntut Sabah sahaja, bukan negeri-negeri lain,” katanya.

Perkara itu mendapat sokongan ahli parlimen lain dengan meminta usul tersebut dipertimbang kembali supaya boleh dibahas di Dewan Rakyat.

Ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub kemudiannya turut bangun dengan menjelaskan yang usul beliau turut ditolak dengan alasan subjudis.

Dengan membawa akhbar Utusan Malaysia sebagai bukti yang ia merupakan isu tumpuan dunia, Salahuddin berkata, pihaknya bukan ingin mempertikai sebarang keputusan Speaker, namun rakyat perlu mendapat penjelasan daripada menteri yang bertanggungjawab terhadap isu ini.

“Saya juga menerima usul saya ditolak dengan alasan subjudis, tetapi  hari ini dilaporkan tempatan dan antarabangsa, kalau isu ini subjudis, laporan akhbar hari ini ini dinyatakan Speaker Dewan Negara dah buat komen jangan bayar, subjudis atau tidak terpulang kepada mahkamah nanti.

“Tetapi saya harap ada satu hujah dan konsisten supaya isu ini perlu dibahas, dan kita bawa isu ini bukan untuk pertikai, tapi kita mahu penjelasan kenapa ini berlaku, kenapa rakyat perlu mendapat suatu pandangan menteri yang menjawab dalam parlimen kerana ini melibatkan maruah negara yang perlu dipertahankan,” katanya.

Azhar ketika mempengerusikan majlis telah membuat ruling dimana penjelasan secara terperinci telah diberi menteri ekonomi sebelum ini dan terdapat dua prosiding yang masih lagi berjalan, sekali gus tidak membenarkan ia dibahaskan.

“Aturan mesyuarat amat terang dan saya terpaksa memakainya. Saya tidak pernah masuk campur dengan hal abang saya buat dan saya tidak pernah cakap soal kerja dengan beliau, sekiranya apa yang berlaku dalam dewan saya selalunya akan mengecualikan diri daripada membuat keputusan,” jelas Azhar.

Mohd. Rashid yang kemudiannya mempengerusikan majlis bagi menyambung perbahasan dengan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara oleh menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dewan terus menjadi kecoh sehingga 30 minit.

Meskipun arahan penggantungan telah dikeluarkan terhadap Isnaraissah, namun beliau masih terus kekal di dalam dewan dan terus mengasak supaya Timbalan Speaker membenarkan isu tersebut dibahaskan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya