Raifal serang balai polis diguna 57 kes

Raifal serang balai polis diguna 57 kes

KELONGSONG peluru yang ditembak menggunakan empat jenis senjata perang berbeza semasa menyerang Balai Polis Saiburi, Pattani, Thailand pada 22 Mei lalu. – IHSAN ISOC 4
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI (THAILAND): Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) mendedahkan empat laras senjata api jenis raifal gred tentera digunakan oleh empat pelaku dalam serangan Balai Polis Saiburi, di sini 22 Mei lalu.

Timbalan Jurucakapnya, Kolonel Ekwirith Chobchuphon berkata, siasatan terhadap 66 kelongsong peluru yang ditemukan selepas serangan membawa kepada penemuan raifal jenis AK-47, AK-102, HK-33, dan M16 telah digunakan dalam serangan tersebut.

Katanya, pemeriksaan terperinci oleh Pusat Sains Forensik 10 menunjukkan senjata perang itu telah digunakan dalam 59 kes jenayah serta keganasan di Selatan Thai sejak 14 tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 17 kelongsong peluru AK-47 yang ditemukan di lokasi kejadian serangan itu turut mendedahkan sejarah penggunaan raifal itu dalam sembilan kes terdahulu di Daerah Saiburi (4) dan Daerah Kapho (5), bermula 2023.

“Dalam sembilan sejarah penggunaannya 21 Mac 2023, senjata api itu telah menyebabkan seorang anggota polis dan tiga anggota pasukan sukarelawan pertahanan terbunuh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ekwirith menjelaskan, siasatan terhadap 17 kelongsong peluru raifal AK-102 pula menunjukkan sejarah penggunaannya dalam 46 kes jenayah sejak 2012 di Saiburi (36), Kapho (6), Mai Khaen (2), dan masing-masing satu di Mayo serta Panare.

Katanya, raifal AK-102 yang digunakan sejak 2012 itu telah mengorbankan 15 mangsa, terdiri daripada anggota polis, ke­tua kampung, orang awam dan anggota tentera.

“Bagi HK-33 pula, sebanyak 13 kelongsong peluru ditemukan. Siasatan balistik dedahkan penggunaannya dalam tiga kes terdahulu iaitu dua di Saiburi dan satu di Kapho. Penggunaan senjata api itu menyebabkan satu kematian.

“Siasatan terhadap 16 kelongsong peluru raifal M16 pula mendapati senjata api itu digunakan dalam satu kejadian pada 29 April lalu di pusat pemeriksaan di Saiburi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini