Logo Hari Kebangsaan lambang semangat patriotik

Logo Hari Kebangsaan lambang semangat patriotik

Pemilihan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkonsepkan pembangunan negara dalam aspek infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan untuk kemudahan rakyat di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilihan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkonsepkan pembangunan negara dalam aspek infrastruktur, sistem komunikasi dan pendigitalan untuk kemudahan rakyat di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JPM), Datuk Mohd Sukari berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi melengkapkan pelaksanaan program di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia.

Katanya, tema hari kebangsaan iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ selari dengan konsep keharmonian yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk rakyat negara ini.

Pemilihan tiga jalur warna di dalam logo iaitu merah, biru dan kuning adalah cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum yang mempunyai jati diri, semangat patriotik dan hidup dalam keadaan harmoni.

“Frasa Keluarga Malaysia menggambarkan masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran manakala Teguh Bersama iaitu kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan.

“Logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini adalah satu simbol dan elemen penting dalam pembinaan sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya, jadi, pastinya, setiap tahun ia pasti memberi makna tersendiri kepada rakyat Malaysia yang diterjemahkan melalui pemilihan logo dan tema sambutannya,” kata beliau dalam satu temuramah.

Pada 1 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa merasmikan Majlis Pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri, di sini.

Tiga aktiviti utama akan diadakan iaitu pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 30 Julai ini di Putrajaya yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob manakala Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.

Bagi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, program itu berkonsepkan aktiviti berjalan beramai-ramai secara santai bersama keluarga sebagai inisiatif mendukung aspirasi Keluarga Malaysia sekaligus membawa mesej semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat negara ini.

Di dalam pelancaran itu nanti, dua program iaitu Berjalan Teguh Bersama dan Pelepasan Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KKM2022) sepanjang 225 barisan menjadi acara utama yang akan diberi perhatian dan dianggarkan seramai 10,000 peserta akan menyertainya.

“Program ini akan melibatkan penyertaan kenderaan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi di peringkat persekutuan, negeri dan daerah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kelab permotoran daripada pelbagai latar belakang.

“Kembara ini akan menonjolkan keunikan di setiap hentian bagi mengetengahkan keunikan Keluarga Malaysia di setiap lokasi dari segi budaya, makanan, tarikan setempat dan gaya hidup komuniti setempat,” katanya.

Justeru, rakyat Malaysia dijemput memeriahkan sambutan pada tahun ini terutama yang menetap di sekitar Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka dengan datang dan mendaftar awal pada 30 Julai ini.

“Rakam kenangan-kenangan sambutan bersama Keluarga Malaysia dan muat naik di media sosial masing-masing. Jangan lupa tanda palang selaras dengan tema pada tahun iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama,” katanya.

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan siaran langsung melalui Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Facebook Merdeka 360 dan Facebook rasmi Japen.

Pelancaran itu juga akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen TV1, RTM dan stesen-stesen televisyen penyiar utama yang lain. Portal Merdeka 360 iaitu www.merdeka360.com.my merupakan hab kepada maklumat sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Program Berjalan Teguh Bersama:

  • Sejauh 2.7 kilometer
  • Bermula dari Dataran Putra – Kementerian Wilayah Persekutuan (1km) – Monumen Alaf Baru (1km) – Jabatan Pendaftaran negara – Istana Kehakiman (700 meter)
  • Pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan muzik Irama Gema Asal, irama Borneo, pancaragam sekolah, maskot-maskot Upin dan Ipin dan Boboiboy selain disediakan kaunter edaran air untuk peserta.

Konvoi Kembara Keluarga Malaysia (2022) (KKM2022):

  • Bermula pukul 9.45 pagi di Dataran Putrajaya
  • Berkonsepkan ‘Pass Baton’ dengan membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh negara dan diserahkan di setiap sempadan negeri.
  • Perarakan Baton Jalur Gemilang dibawa dan diserahkan di setiap check point negeri-negeri seluruh Malaysia
  • Menjelajah ke seluruh negara melalui perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan bermula 30 Julai 2022 di Putrajaya dan berakhir pada 31 Ogos 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  • Melibatkan 412 jentera berbaris sepanjang 225 barisan dengan 600 peserta keseluruhan.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya