Lebih 500 perwakilan dijangka hadiri Konvensyen BN Selangor - Utusan Malaysia

Lebih 500 perwakilan dijangka hadiri Konvensyen BN Selangor

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 500 perwakilan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor daripada kesemua 22 Parlimen serta 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka hadir dalam Konvensyen BN negeri itu, esok.

Konvensyen tersebut bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penutupannya pula akan disempurnakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mereka adalah antara tiga tokoh pemimpin hadir termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan penasihat parti dan akan memberi ucapan dalam konvensyen tersebut.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menjadi topik tunjang dalam konvensyen tersebut yang akan merumuskan perkara berkaitan rakyat dan ekonomi menerusi penganjuran forum serta bengkel.

Empat empat bengkel dianjur untuk mengetengahkan topik seperti ‘Prospek Ekonomi Tergendala’, ‘Jalinan Rakyat Santuni Pengundi’, ‘Tawaran Kepada Pengundi Baru’ dan ‘Bedah Strategi Kempen dan Isu Negeri’.

Kesemua bengkel berkenaan akan menampilkan pakar rujuk iaitu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua Wanita BN Selangor, Datuk Rosni Sohar; Timbalan Pengerusi Pemuda BN Selangor, Amin Shukor; Ketua Puteri Selangor Noor Salbiah Puteh dan Setiausaha BN Comms Pusat, Dazma Shah Daud.

Menerusi konvensyen itu juga, pandangan secara terus dari pucuk pimpinan parti dan akar umbi akan dirumuskan sebagai satu resolusi yang bakal menjadi menjadi asas kepada BN di negeri ini untuk menghadapi PRU15.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, antara intipati konvensyen yang berlangsung hari ini turut melibatkan penganjuran forum dan bengkel bagi memperbaiki ekonomi negeri dan kepimpinan kerajaan.

“Kita anjur forum mengenai ekonomi yang menghimpunkan pakar daripada pelbagai kaum, kemudian bengkel dijadualkan berlangsung untuk membincangkan resolusi-resolusi khusus untuk ekonomi negeri.

“Daripada resolusi itu juga nanti akan jadikan sebagai manifesto Selangor untuk kita menghadapi PRU akan datang. Yang lebih penting adalah memastikan persiapan jentera pilihan raya dalam keadaan bersiap siaga,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya