Kenaikan OPR jejas aliran tunai peniaga - Utusan Malaysia

Kenaikan OPR jejas aliran tunai peniaga

keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus memberi tekanan kepada peniaga - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini membuatkan peniaga rasa lebih tertekan kerana menambah kesukaran mereka menstabilkan aliran tunai syarikat selepas bergelut dengan situasi pandemik sebelum ini.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin berkata, apabila OPR dinaikkan ia bermakna kadar faedah daripada bank-bank juga akan naik. 

“Bila kadar faedah dinaikkan, bermakna harga pembayaran balik kepada bank akan turut meningkat sekali gus menyebabkan aliran tunai peniaga terjejas,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Bagaimanapun ujarnya, pihaknya faham kenaikan OPR itu terpaksa dilakukan berikutan tekanan kenaikan kadar faedah dari Amerika Syarikat (AS). 

Namun katanya, pihaknya berharap kadar terbabit tidak akan dinaikkan lagi dalam masa terdekat dan meminta belas ehsan daripada BNM supaya tidak membuat kenaikan yang mendadak yang membebankan pembayar hutang.

“Kami jangka pada September dan Disember ini akan berlaku kenaikan kadar faedah oleh AS. Namun begitu, kami berharap OPR dalam negara tidak akan dinaikkan setinggi di negara itu,” katanya. 

Baru-baru ini, BNM telah manikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus daripada 1.75 peratus pada Mei lalu.

Dengan kadar baharu itu, pinjaman akan menjadi lebih mahal manakala kadar faedah ke atas deposit akan meningkat.

BNM berharap orang ramai akan berbelanja dengan lebih sedikit dan berhat-hati serta berjimat cermat untuk mengurangkan permintaan kerana apabila permintaan turun, harga juga akan turun sekali gus mengelakkan tekanan inflasi.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, terdapat kebaikan dan keburukan terhadap kenaikan kadar faedah itu.

“Pelanggan sedia ada yang kontrak pembiayaannya berdasarkan kadar faedah yang berubah-ubah akan menyaksikan peningkatan dalam ansuran bulanan mereka.

“Namun pelanggan yang rasa terbeban boleh mengubungi agensi seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau penasihat kewangan yang sah.

“Sementara itu, kadar faedah yang lebih tinggi pula boleh meningkatkan nilai ringgit. Itu kerana kadar faedah yang lebih tinggi cendurung untuk menarik pelaburan asing, meningkatkan permintaan dan nilai mata wang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.