Kelulusan keluar semula lesen mendulang emas budi bicara kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Kelulusan keluar semula lesen mendulang emas budi bicara kerajaan negeri

PENDUDUK di Lubuk Mandi, Rusila, Marang mahu kembali mendulang emas selepas diharamkan sejak 1990. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Keputusan mengeluarkan semula  lesen mendulang emas kepada penduduk setempat di Lubuk Mandi, Rusila, Marang bergantung kepada kelulusan  kerajaan negeri.

Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Tanah dan Galian  (PTG) Terengganu, Adnan Abdullah berkata, kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam membuat keputusan tersebut melalui mesyuarat exco kerajaan negeri.

Menurutnya, pendulang-pendulang emas boleh mengemukakan rayuan rasmi tersebut untuk pertimbangan kerajaan negeri.

“Terserah kepada budi bicara kerajaan negeri sama ada mahu meluluskan cadangan mengeluarkan semula lesen mendulang atau kekal dengan larangan mendulang emas di kawasan itu seperti yang diputuskan kerajaan sejak 1990,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan penduduk merayu kerajaan negeri mengeluarkan semula lesen mendulang emas bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mencari bahan logam itu di Lubuk Mandi, Rusila.

Penduduk terbabit juga bersedia mematuhi syarat-syarat lesen tersebut ketika melakukan aktiviti mendulang emas selepas ini.

Sementara itu, Adnan memberitahu, kawasan tersebut pernah diwartakan sebagai kawasan melombong secara mendulang sebelum itu pada 1 Disember 1988.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan terpaksa menarik balik kebenaran mendulang di kawasan itu selepas beberapa individu maut selepas tertimbus di dalam lubang yang digali untuk mencari emas pada 1990.

“Pada masa ini, sebarang aktiviti mendulang emas yang dilakukan di Lubuk Mandi adalah haram.

“Mereka yang didapati melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 153 dalam Enakmen Mineral (Terengganu) 2002,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya