Kalimah Allah pada daging korban - Utusan Malaysia

Kalimah Allah pada daging korban

HIRISAN daging didakwa tertera kalimah Allah yang ditemukan Suzita Sulong di rumahnya di Kampung Chendor di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang kerani di sebuah syarikat swasta di sini terkejut apabila seketul daging korban diterimanya didakwa mengandungi kalimah Allah. 

Pekerja terbabit, Suzita Sulong, 43, berkata, pada mulanya dia menghiris ketulan daging yang telah direbus di rumahnya di Kampung Chendor di sini untuk dimasak resepi daging asam.

Bagaimanapun katanya, ketika hirisan pertama ketulan daging itu, dia terkejut apabila ternampak urat lemak daging terbabit mempunyai kalimah Allah. 

“Tiba-tiba saya rasa menggigil dan terus panggil anak lelaki untuk kesahihan apa yang saya nampak. 

“Anak saya cakap dia pun sama nampak seperti apa yang saya nampak iaitu kalimah Allah pada hirisan daging ini,” katanya di sini hari ini. 

Suzita berkata, dia juga bersyukur kerana apa dilihatnya itu antara tanda kebesaran Allah dan mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada mereka yang menyumbang dengan ikhlas dalam ibadah korban ini. 

“Daging korban ini adalah pemberian daripada anak saudara. Saya menerima daging ini pada hari raya kedua Aidiladha,” katanya.

Beliau berkata, hirisan daging yang mempunyai kalimah Allah itu kini disimpan dalam peti sejuk. 

“Buat masa ini saya akan terus simpan hirisan daging ini dalam peti sejuk,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN