Isu banjir di Baling: SPRM mahu lengkapkan dokumen - Utusan Malaysia

Isu banjir di Baling: SPRM mahu lengkapkan dokumen

Shaharom Nizam Abd. Manap
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih terlalu awal untuk merumuskan wujud salah guna kuasa dan rasuah dalam pembangunan ladang durian di Gunung Inas, Kupang, kedah yang dikatakan punca berlakunya tragedi kepala air dan banjir pada minggu lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, pihaknya perlu mendapatkan minit mesyuarat dan dokumen-dokumen tertentu daripada agensi berkaitan untuk diteliti terlebih dahulu.

“Kita masih berada di peringkat awal untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan memandangkan ramai yang kami mahu jumpa masih bercuti.

“Kami (SPRM) perlu jumpa agensi berkenaan dahulu untuk dapatkan maklumat lanjut dan dokumen yang relevan. Selepas itu, baru kita (SPRM) akan putuskan sama ada akan mengambil keterangan mana-mana yang berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Media melaporkan, SPRM melancarkan siasatan sama ada wujud unsur rasuah dan salah laku dalam pembangunan ladang durian di Gunung Inas, Kupang, dekat sini.

Beberapa dokumen seperti minit Mesyuarat Exco kerajaan negeri terdahulu dan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) projek terbabit perlu diteliti bagi mengesan jika wujud sebarang ketidakpatuhan pada kelulusan yang diberikan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pada 6 Julai lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa tidak tahu bagaimana syarikat yang mengusahakan ladang durian Musang King di Gunung Inas boleh melaksanakan projek itu di kawasan tanah tinggi berkenaan.

Beliau dilaporkan berkata, ini kerana syarat kelulusan laporan EIA adalah sangat ketat, termasuk sebarang projek pembangunan di kawasan dengan ketinggian melebihi 304 meter tidak dibenar dilaksanakan. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN