Indonesia beku masuk pekerja: KSM, KDN bincang keputusan 

Indonesia beku masuk pekerja: KSM, KDN bincang keputusan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat susulan keputusan Kerajaan Indonesia menghentikan kemasukan pekerja dari negara itu termasuk Pekhidmat Domestik Indonesia ke Malaysia untuk sementara waktu.

Dalam satu kenyataan ringkas, kementerian itu berkata,  perbincangan itu bertujuan menangani isu-isu yang berkaitan dengan kemasukan pekerja warga Indonesia ke dalam negara dengan kadar segera.

Terdahulu, Indonesia dilapor mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja warganya memasuki Malaysia sejak semalam berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan Sistem Dalam Talian Pembantu Rumah (MOS) untuk memudahkan pengambilan pembantu rumah Indonesia.

Perkara itu disahkan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono bahawa keputusan itu dibuat selepas sesi perundingan maya yang dihadirinya bersama pegawai Kementerian Luar dan Kementerian Tenaga Kerja negara itu semalam.

Ia dikatakan selepas keengganan Malaysia mematuhi memorandum persefahaman (MoU) pembantu rumah negara itu yang ditandatangani 1 April lalu dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak menghormati’ Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Hermono dilapor menegaskan bahawa One Channel System yang diperkenalkan dalam MoU itu terus dipintas oleh MOS – yang membenarkan pekerja Indonesia memasuki negara ini menggunakan visa pelancong sebelum memohon permit kerja, satu amalan yang ingin dihentikan oleh Jakarta kerana terdedah kepada risiko kerja secara paksaan.

Walaupun negara telah berhenti memproses permintaan baharu daripada warga Indonesia yang ingin bekerja di Malaysia, mereka yang sudah dalam perancangan berbuat demikian boleh meneruskannya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN