Datuk, cucu maut motor bertembung kereta  - Utusan Malaysia

Datuk, cucu maut motor bertembung kereta 

ANGGOTA bomba membawa keluar mayat mangsa yang tercampak dari motosikal selepas terbabit kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang warga emas dan cucunya maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran Kampung Palas di sini hari ini.

Mangsa dikenali Alim Akai, 62, dan cucu lelaki yang belum dikenal pasti identiti berusia dalam lingkungan 12 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 10.46 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Toyota Alphard dan motosikal jenis Honda ditunggang mangsa.

“Ketika anggota tiba di lokasi, kedua-dua mangsa berketurunan Orang Asli itu berada dalam semak selepas tercampak akibat pelanggaran dengan kereta dinaiki empat individu.

“Kedua-dua mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke tepi jalan sebelum mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu dan penumpang kenderaan tidak tersepit, namun, seorang daripada mereka mengalami kecederaan pada bahagian muka.

“Mangsa-mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mereka yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Operasi yang tamat pada pukul 11.50 pagi itu disertai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN