fbpx

Bayi 10 bulan terperangkap dalam kereta

ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamatkan bayi berusia 10 bulan yang terperangkap dalam kereta di Jitra, Kubang Pasu hari ini.

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan bayi berusia 10 bulan yang terperangkap dalam kereta yang terkunci di sebuah rumah di Jitra, Kubang Pasu hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 7.40 pagi tadi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Sezali Hassan dikejarkan ke lokasi.  

“Setibanya di lokasi, didapati seorang bayi terperangkap di dalam kereta jenis Honda City yang terkunci. Anggota terus berusaha membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas yang dibekalkan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, operasi tamat pada pukul 8.34 pagi setelah pintu kenderaan berjaya dibuka dan bayi lelaki yang sedang tidur nyenyak itu dapat diselamatkan. –UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!