Atasi kelemahan ringgit, elak inflasi- Tengku Razaleigh

Atasi kelemahan ringgit, elak inflasi- Tengku Razaleigh

Tengku Razaleigh
TENGKU Razaleigh Hamzah (dua kanan) menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada wakil bapa di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kelantan semalam/FOTO: AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dalam mengatasi kelemahan nilai ringgit dalam usaha mengelak krisis inflasi terhadap negara.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, banyak mekanisme yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi mengelak kejatuhan nilai ringgit. 

Beliau yang Ahli Parlimen Gua Musang meramalkan nilai ringgit dijangka akan terus merosot sehingga RM5.70 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) jika tiada langkah dilakukan kerajaan.

“Kita nampak sekarang ini berlaku the free fall of the ringgit kerana kerajaan nampak tak ambil sebarang tindakan seolah-olah membiarkan ringgit jatuh. 

“Ekonomi kita pun susah nak diselamatkan. Pelaburan tak akan datang dengan ringgit kita yang mengalami kejatuhan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah  Kebangsaan Gua Musang, di sini semalam.

Tengku Razaleigh berkata, kerajaan tidak boleh melepas tangan atau berpeluk tubuh jika tidak mahu melaksanakan langkah menambat mata wang ringgit.

Jelasnya, hal ini kerana ia melibatkan soal kehidupan rakyat yang sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

“Barang pula berada di paras tinggi harganya, walaupun ringgit kita akan pulih harga tidak akan turun lagi. Selama-lamanya kita akan mengalami harga barang yang dijual dengan harga yang mahal. Itu tak baik bagi rakyat dan ekonomi negara.

“Mengikut apa yang saya temui ringgit kita akan jatuh teruk daripada ini. Kerajaan mesti bertindak kalau tidak seolah-olah kita akan menyerah kepada keadaan yang lebih buruk daripada sekarang,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan tidak bercadang untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) kerana langkah itu tidak sesuai dengan keadaaan semasa, malah ia tidak pernah dibincangkan di peringkat Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menambat ringgit adalah tidak sesuai buat negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN