TNB akan bina galeri mini artifak hasil penemuan dari Projek Hidroelektrk Nenggiri - Utusan Malaysia

TNB akan bina galeri mini artifak hasil penemuan dari Projek Hidroelektrk Nenggiri

MUSTAPHA KAMAL YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah mini galeri dan warisan Orang Asli akan dibina untuk menempatkan artifak yang ditemui sepanjang pelaksanaan Projek Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, yang bermula Mac lalu.

Pengurus Besar State Stakeholder Affairs (Kelantan/Terengganu), Mustapha Kamal Yaacob berkata, pembinaan itu diuruskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dijangka siap pada 2026 atau selewat-lewatnya 2027.

“Langkah itu merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk mengekalkan dan menjaga bahan-bahan artifak dan arkeologi yang mungkin terdapat di 13 kawasan gua berpotensi sebagai tapak warisan di sekitar kawasan tapak projek.

“Lapan daripada gua itu akan ditenggelamkan untuk dijadikan tasik takungan utama.

“Berdasarkan kepada Herritage Impact Assesment, semua artifak perlu dikeluarkan dan ditempatkan di satu galeri dan kita menjangkakan kerja kerja askavasi artifak arkeologi akan memakan masa dua tahun bermula sekarang,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Mengenai Projek Hidroelektrik Nenggiri Gua Musang di Hotel Perdana di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mustapha Kamal berkata, artifak-artifak yang ditemui nanti akan ditempatkan simpanan sementara di Gua Musang yang telah dibina pada Mac lalu sebelum diletakkan secara kekal di galeri mini yang bakal dibina nanti.

Katanya, bagaimanapun keluasan termasuk kos anggaran untuk pembinaan galeri tersebut belum diputuskan memandangkan terlebih dahulu perlu mengenalpasti berapa banyak artifak yang bakal ditemui sepanjang pelaksanaan projek ini.

“Untuk sementara waktu kita akan meletakkan artifak yang ditemui di tempat simpanan sementara yang dibina pada Mac lalu di Gua Musang yang akan dikendalikan oleh pakar runding daripada Universiti Putra Malaysia.

“Sejajar dengan reputasi TNB sebagai syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), pihaknya akan sentiasa memastikan bahawa kepentingan Orang Asli dan penduduk setempat termasuk kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sentiasa diberikan keutamaan sepanjang pelaksanaan projek ini.

“Kita juga akan sentiasa berunding beberapa pihak yang berkaitan termasuk Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Negara memandangkan pihak ini akan menguruskan galeri mini yang bakal dibina nanti,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN