PUTRAJAYA: Prosedur pemantauan halal rumah sembelihan di luar negara perlu dirombak semula bagi mengelak kepincangan dalam pematuhan halal oleh mana-mana pihak yang diberi tanggungjawab membawa masuk daging halal ke negara ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada masa sama, prosedur operasi standard (SOP) badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu memastikan tidak ada ruang untuk melanggar syarat…










