Pas jangan berangan khemah besar hanya untuk pembangkang - Utusan Malaysia

Pas jangan berangan khemah besar hanya untuk pembangkang

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Khemah besar hanya untuk pembangkang dan Pas tidak terlibat dalam kelompok itu.

Demikian penegasan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng ketika dihubungi Mingguan Malaysia dengan menjelaskan pihaknya tidak pernah berbincang membentuk khemah besar dengan parti Islam itu, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Pas jangan nak berangan mahu membentuk khemah besar dengan kita (DAP). Kita sendiri pun tidak pernah berhubung dengan mereka untuk pelawa membentuk khemah besar.

“DAP sendiri tidak setuju untuk membentuk khemah besar dengan golongan pengkhianat tebuk atap,” katanya semalam.

Kelmarin, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu menolak pembentukan khemah besar yang diterajui Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana enggan mengadakan kerjasama dengan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Abdul Hadi berkata, Pas mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dan sudah dimaklumkan tentang khemah besar.

Guan Eng dalam masa yang sama turut mempersoal bagaimana kenyataan tersebut secara tiba-tiba dikeluarkan kerana pihaknya tidak langsung mengadakan sebarang perbincangan dengan Pas.

“Dia (Abdul Hadi) bincang dengan siapa? Amanah? Tidak mungkin sebab mereka berdua memang tidak boleh berunding. Dengan DAP? Pun tidak mungkin. Atau bersama PKR? Siapa orangnya? Saya rasa juga tidak ada.

“Kita ini ada prinsip, kalau nak kerjasama pun bukan dengan pengkhianat sebab khemah besar ini hanya untuk pembangkang. Pas dan Bersatu adalah Perikatan Nasional, sebahagian daripada kerajaan.

“Bagaimana ingin menyertai khemah besar? Tidak mungkin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN