Melaka Sentral batal pelaksanaan caj RM2 - Utusan Malaysia

Melaka Sentral batal pelaksanaan caj RM2

ORANG ramai membeli tiket layan diri di Melaka Sentral, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka Sentral Sdn. Bhd. (Melaka Sentral) membatalkan pelaksanaan caj RM2 yang sepatutnya diperkenalkan bermula 1 Julai ini bagi orang ramai yang menggunakan kemudahan fasiliti dan pertukaran pas masuk menaiki bas ekspres.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Besarnya, Abu Bakar Jani berkata, keputusan itu dibuat kerana pihaknya berpendapat perlu membuat kajian terperinci mengenai perkara tersebut. 

Menurutnya, pelbagai aspek harus diambil kira khususnya kesan terhadap penumpang yang kerap menaiki bas ekspres di terminal tersebut.

“Walaupun caj RM2 dilaksanakan di Johor Larkin Sentral 1 Januari lalu, begitu juga di beberapa terminal lain, namun, pihak kami perlu mengkajinya semula.

“Memang benar kita akan melaksanakan caj RM2 itu, namun, setelah melihat maklum balas orang ramai yang kerap menggunakan terminal ini. Sewajarnya satu kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan diambil,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan dikeluarkan Melaka Sentral sebelum ini bahawa pembelian tiket secara dalam talian atau di kaunter atau terminal lain bakal dikenakan caj RM2 bermula 1 Julai 2022.

Kadar bayaran RM2 itu terdiri daripada caj fasiliti (RM1) dan caj kod QR (RM1). Kenyataan tersebut ditampal di kaunter tiket berpusat di Melaka Sentral sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, seorang pengguna, Siti Anum Ab. Wahab berkata, Melaka Sentral wajib mengkaji semula caj tersebut yang dilihat memberi kesan besar kepada individu yang saban hari berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

“Bagi yang jarang-jarang menggunakan perkhidmatan bas ekspres, mereka tidak rasa kesan caj yang akan diperkenalkan itu berbanding, mereka yang bekerja di Kuala Lumpur,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.