Kudung tangan bukan alasan raih simpati

Kudung tangan bukan alasan raih simpati

MOHAMAD Jafri Daud ketika menguruskan gerai jualannya di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan sejak kecil bukan alasan bagi seorang pemuda meraih simpati orang ramai dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Sebaliknya, Mohamad Jafri Daud, 31, yang merupakan anak ke 11 arwah Tok Lebai Daud Machang menjadikan kekurangan itu sebagai pembakar semangat untuk berjaya dalam kehidupan.

Buktinya, gerai menjual keropok, asam laksa dan lain-lain yang diusahakannya di sini mendapat sambutan hangat kalangan pengguna jalan Tawang-Kota Bharu.

Mohamad Jafri berkata, dia tidak pernah kecewa dan iri hati terhadap kesempurnaan fizikal dimiliki adik beradiknya yang lain.

“Alhamdulillah, apa yang dilakukan mereka mampu dilakukan saya dengan keupayaan sendiri.

“Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang jahitan dari Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Orang Kurang Upaya (OKU) di Bangi membolehkan saya bekerja sebagai tukang jahit semasa usia remaja,” katanya ketika ditemui di Kampung Tok Jawa, Tawang, di sini semalam.

Mohamad Jafri memberitahu, dia bersyukur semakin ramai yang singgah ke gerainya sejak tular dalam laman sosial beberapa hari lalu.

Katanya, sejak itu dia dan isteri menambah jumlah keropok, asam laksa dan lain-lain makanan disebabkan peningkatan jumlah pelanggan.

“Sepanjang pandemik Covid-19 lalu saya bekerja sebagai tukang jahit selain berniaga pakaian terpakai di Gombak.

“Melihat kepada situasi ekonomi terkini, saya membuat keputusan pulang ke kampung isteri, Noraikan Mansur, 27, untuk mencari haluan baharu,” ujarnya.

Katanya, bermula dengan perniagaan secara dalam talian, ia telah membakar semangatnya sehingga membuka gerai .

“Walaupun saya tiada tangan, dua lengan yang dianugerahkan-Nya itu menggantikan fungsi tangan.

“Kudrat saya tetap kuat dan mampu mengangkat balang gas seberat 16 kilogram,“ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya