Kanak-kanak kritikal dadah stabil dipindah ke HSIP

Kanak-kanak kritikal dadah stabil dipindah ke HSIP

MUHAMAD Zaki (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Rohaya Hassan di HRPZ II Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kanak-kanak lelaki yang sebelum ini ditidurkan akibat kandungan dadah yang tinggi dalam badannya akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai dalam masa terdekat.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki berkata,  mangsa menunjukkan perkembangan positif bernafas secara normal tanpa bantuan oksigen.

Menurutnya, kesihatan kanak-kanak itu juga bertambah baik berbanding sebelum ini.

“Kita semua bersyukur melihat keadaan itu dan berharap kanak-kanak itu akan pulih seperti biasa. 

Sekiranya mangsa dipindahkan ke HSIP, ia memudahkan ahli keluarga terdekat untuk menziarahi dan memantau kesihatannya,” katanya pada sidang akhbar selepas program Ziarah Prihatin Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan di pekarangan HRPZ II di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Muhamad Zaki dan isterinya, Suzana Yashin merangkap Pemangku Pengerusi Perkep Kelantan turut menyampaikan kurniaan daripada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid kepada ibu mangsa yang berusia 36 tahun.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, kanak-kanak lelaki yang sebelum ini ditidurkan akibat kandungan dadah tinggi dalam badannya sudah mula memberikan respon positif dengan menggerakkan kedua-dua belah kakinya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Rohaya Hassan, 36, berkata, perkembangan positif yang ditunjukkan oleh anaknya itu amat melegakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya