Guru perlu fahami 100 peratus polisi PBS

Guru perlu fahami 100 peratus polisi PBS

Jasni Md. Kechik
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kejayaan polisi Pen­taksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bergantung kepada pemahaman sepenuhnya guru dan kesanggupan berubah cara lama kepada baharu.

Kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan kepada penilaian tahap penguasaan pelajar dan akhirnya mereka lebih cen­derung melaksanakan pentaksiran cara lama.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhid­matan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jasni Md. Kechik berkata, guru perlu terbuka menerima polisi itu bagi menjamin pengembangan pembelajaran pelajar tanpa tekanan peperiksaan.

Pada masa yang sama, katanya, Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan isu dan persoalan yang berbangkit berhubung keputusan memilih pelaksanaan PBS.

“Penerangan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin hanya secara dasar, tetapi sebenarnya banyak isu dan persoalan perlu dirungkai dari segi pelaksanaan.

“Penataran yang teliti dan jelas diperlukan bagi merungkai isu dan persoalan pelaksanaan PBS sekaligus dapat menjamin kejayaan pentaksiran tersebut.

“Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah perlu menjadikan PBS fokus utama mereka semasa mesyuarat dan gerak kerja membimbing pentadbir sekolah serta guru-guru dalam kelas.

“Mereka perlu mengamalkan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan serta merta bagi menjamin kualiti pelaksanaan PBS di sekolah,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, kerajaan me­ngumumkan Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan mulai tahun ini dan penilaian murid akan dibuat menerusi PBS.

PBS akan melibatkan bukan sahaja pelajar sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3 tetapi juga bagi murid-murid sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6.

Radzi Jidin ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia dibuat selepas mendapat maklum balas daripada libat urus pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan guru berhubung penilaian ke atas pelajar susulan pemansuhan PT3.

Menurut beliau, PBS akan dimulakan tahun ini dengan pelajar dan murid akan dinilai menerusi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) selain Pentaksiran Psikometrik (PPsi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN