PETALING JAYA: Ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkejut ditawarkan tempat ke kolej atau universiti swasta yang memperincikan segala data peribadi mereka walaupun tidak pernah mendedahkannya melainkan kepada pengetahuan pihak sekolah. Perbuatan membocorkan maklumat pelajar itu dipercayai melibatkan orang tengah yang mengaut keuntungan dengan menjual data seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi mana-mana kolej swasta yang menawarkan tempat melanjutkan pengajian. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber pejabat…