PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan bantuan tunai langsung kepada golongan miskin selepas memutuskan menghapuskan subsidi untuk beberapa barangan keperluan termasuk ayam, telur dan minyak masak botol. Penghapusan subsidi itu yang akan menyebabkan harga barangan itu meningkat bermula 1 Julai akan memberi kesan langsung kepada pengguna dengan indeks inflasi dijangka melonjak ke paras tertinggi dalam terdekat. Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan RM630 juta yang akan dimanfaatkan 8.6 juta kumpulan sasaran. Bantuan tunai itu…