BMW tingkat pengeluaran EV dengan kilang di China - Utusan Malaysia

BMW tingkat pengeluaran EV dengan kilang di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: BMW Jerman telah memulakan pengeluaran secara rasmi di kilang baharunya di China dengan pelaburan sebanyak 15 bilion yuan (AS$2.24 bilion) dalam usaha mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV).

Kilang Lydia, kemudahan pemasangan kereta ketiga BMW di China, terletak di bandar timur laut Shenyang, wilayah Liaoning, akan meningkatkan keluaran tahunan BMW di pasaran kereta terbesar dunia kepada 830,000 unit kenderaan daripada 700,0000 pada 2021, kata syarikat itu.

Kilang itu direka untuk mampu mengeluarkan kereta elektrik berkuasa bateri hanya mengikut permintaan pasaran pada barisan pembuatannya yang fleksibel.

Model pertama yang akan melancarkan barisan pengeluaran kilang Lydia ialah i3, kereta sukan sedan bersaiz sederhana elektrik tulen, sekali gus meningkatkan rangkaian model EV syarikat untuk pelanggan China sehingga 13 tahun ke depan.

Tesla dan pembuat kereta China seperti BYD menguasai pasaran EV yang berkembang pesat di China, dengan jualan meningkat dua kali ganda berbanding setahun yang lalu. 

Sementara itu, peneraju kenderaan enjin pembakaran dalaman seperti General Motors dan Volkswagen semakin ketinggalan.

Hampir satu perempat daripada kereta yang dijual di China dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dikuasakan oleh bateri, menurut data daripada Persatuan Pembuatan Automotif China.

Sementara itu, BMW menjual 208,507 kenderaan di China, pasaran terbesarnya, pada suku pertama, menandakan penurunan 9.2 peratus berbanding setahun lalu, menurut pemfailan syarikat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya