‘Banyak kali beri, kali ini kena ambil’

‘Banyak kali beri, kali ini kena ambil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Bagi kami pe­luang kali ini untuk bertanding”.

Demikian ‘rayuan’ dibuat gabungan rakan Barisan Nasional (BN), Friends of BN untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Ini kerana mereka setia bersama BN, sedangkan be­berapa parti lain sudah me­ninggalkan gabungan itu selepas PRU14.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri R.S. Thanenthiran berkata, mereka sudah bersedia untuk ‘ke hadapan’ setelah lapan PRU bekerja keras di belakang tabir memenangkan calon yang ditampilkan daripada UMNO dan parti komponennya, MIC dan MCA.

“Memang kami telah lama me­nunggu bertanding dalam PRU, tetapi sehingga kini kami masih lagi dijanjikan akan diberi peluang sejak Pilihan Raya Kecil Slim River.

ALU-ALUKAN

“Bagi pihak saya, kami meng­alu-alukan keputusan tersebut, tetapi masa yang sama, kami akan buat kajian sama ada kerusi yang diberi itu sesuai untuk kami bertanding atau tidak. Dan kita sudah banyak kali give (beri), sekarang masa untuk kami take (ambil) pula” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Mas­lan berkata, semua kerusi yang dahulunya ditandingi oleh Ge­rakan ketika bersama BN akan diteliti untuk ditandingi oleh Friends of BN dan parti komponen gabungan itu.

Bagaimanapun jelasnya, per­kara itu masih di peringkat run­dingan bagi memastikan calon selayaknya untuk BN di­pilih untuk PRU15.

Thanenthiran berkata, peluang itu harus diberi kerana tidak semua calon dari parti komponen berjaya memenangkan BN.

“Ada sahaja calon dari parti komponen yang kalah, dan tidak semestinya calon yang kita tawarkan tidak bagus. Kita ramai calon profesional, berbakat dan muda.

Dalam pada itu, Presiden KIMMA, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata, sudah sampai masanya parti itu menampilkan calon yang lebih segar dan pihaknya hanya menunggu keputusan daripada kepimpinan parti untuk memutuskan perkara tersebut.

“Memang KIMMA sudah bersedia untuk ambil kerusi yang diagihkan BN, sebab kita sudah 46 tahun berdaftar. Walaupun kita sudah ada anggaran kerusi yang kita mahu, tapi kita masih menunggu dari BN untuk memutuskannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya