9,696 calon SPM 2021 dapat semua A, catat nilai GPN 4.86 - Utusan Malaysia

9,696 calon SPM 2021 dapat semua A, catat nilai GPN 4.86

NOR Zamani Abdol Hamid menunjukkan analisis keputusan SPM 2021 dalam sidang akhbar pengumuman SPM 2021 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 9,411 calon pada SPM 2020.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pula merekodkan nilai 4.86.

Katanya, nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Untuk rekod, nilai GPN pada SPM 2020 adalah 4.80.

Menurut beliau, pencapaian keputusan SPM 2021 tidak wajar dibandingkan dengan tahun lalu memandangkan calon pada tahun ini merupakan kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman peperiksaan SPM 2021 di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN