Tempoh masa lama beri ruang pemain serlah kemampuan

Tempoh masa lama beri ruang pemain serlah kemampuan

Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba berkata, berdasarkan dua persahabatan di Singapura lalu pasukan hanya memiliki tempoh singkat namun pemain sudah lakukan yang terbaik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua perlawanan persahabatan dan tempoh persiapan yang lebih lama memberi ruang kepada setiap pemain untuk menyerlahkan kemampuan bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan.

Lantas pastinya aksi pemanas badan Brunei dan Hong Kong menjadi pentas yang secara tidak langsung memeningkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon dalam membuat penilaian sebelum memuktamadkan senarai akhir 23 pemain.

Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba berkata, berdasarkan dua persahabatan di Singapura lalu pasukan hanya memiliki tempoh singkat namun pemain sudah lakukan yang terbaik.
.
“Kami perlu baiki ketika bertahan kerana lawan kita kami ini adalah pasukan lebih baik. Kalau ikutkan dua persahabatan pun belum cukup kerana kami perlu banyak lagi belajar.

“Apa pun, pemain kena hadapi dua persahabatan ini secara lebih serius bagi memastikan kita benar-benar bersedia sebelum lawan pasukan lebih besar,” katanya.

Aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 menjadi ujian kompetitif sulung buat Pan Gon selepas mendapat pujian ketika mengharungi dua aksi persabahatan menentang Filipina dan Singapura, Mac lalu.

Tambah Syamer juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu menggunakan pengalamannya bersama JDT di Liga Juara-Juara Asia membantu Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

“Walaupun tidak banyak bermain tetapi saya dapat belajar, bukan saja daripada pasukan lawan tetapi dengan pemain dalam pasukan JDT.

“Kita pernah lawan Bahrain namun sekarang kami adalah pasukan berbeza dan ini adalah peluang terbaik kita kerana beraksi di laman sendiri,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN