Mel C sah isteri model Australia - Utusan Malaysia

Mel C sah isteri model Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNITED KINGDOM: Anggota kumpulan Spice Girls, Melanie Jayne Chisholm atau Mel c selamat bergelar isteri kepada Model asal Australia yang dikenalinya selama tiga tahun, Chris Dingwall.

Keduanya disatukan dalam majlis tertutup di Country House Cumbria dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

Turut hadir merupakan anggota kumpulan Spice Girls iaitu Emma Bunton, Geri Helliwell dan Melanie Brown.

Pasangan tersebut pada 18 Julai lalu berkahwin di Sydney, Australia sebelum mengadakan majlis di UK.

Melanie C atau lebih dikenali sebagai Sporty Spice menggayakan Gaun berwarna putih yang direka anggota Spice Girls, Victoria Beckham.

Victoria bagaimanapun tidak hadir ke acara tertutup tersebut kerana menghadiri perlawanan Piala Dunia di Amerika Syarikat.

Perkahwinan tersebut merupakan yang pertama Melanie.

Terdahulu Melanie menjalinkan percintaan bersama Thomas Star namun berpisah pada 2012 selepas sedekad bersama. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan.- UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN